Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

50 orang Terima Rumah Sejahtera

By 22 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ismael Idris (Jasin)

MERLIMAU, 21 Mei (MalaysiaAktif) – Seramai 50 orang penerima Rumah Sejahtera menerima kunci rumah dalam majlis yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Ab Raub Yusoh di Lipat Kajang, semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh, menyatakan kesyukuran kerana setelah 6 tahun akhirnya projek Rumah Sejahtera ini dapat disiapkan dan diserah kepada penerima.

“Rumah Sejahtera ini merupakan projek perintis yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2017 yang lalu dengan nilai sebanyak RM1.3 juta.

“Rumah Sejahtera berkonsepkan sewa beli kepada penerima dan selepas 15 tahun akan menjadi hak milik sendiri.

“Saya harap kepada semua penerima akan dapat duduk dengan sendiri di rumah ini dan tidak menyewakan rumah ini, Jika kita dapat tahu ada yang menyewanya kami akan mengambil tindakan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda