Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Ahmad Fuad Tokoh Ilmuan Darulaman 2023

By 19 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (Alor Setar)

ALOR SETAR, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Ahmad Fuad Osman telah diangkat sebagai Tokoh Ilmuwan Darulaman 2023 dalam kategori sosiobudaya (disiplin seni visual). Beliau telah menerima sebuah trofi, sijil dan hadiah tunai sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2023/Jom Baca Bersama 10 Minit di Perpustakaan Digital Kedah (KDL), di sini semalam.

“Melalui karya, saya berharap lebih ramai orang dapat meneliti dan memahami hal-hal tersirat yang berkaitan dengan sosiobudaya dan politik semasa masyarakat

“Saya juga akan cuba memperjuangkan kebenaran, pensejarahan dan penterjemahan semula sejarah,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa  Pelancongan, Belia Sukan dan Seni Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Mohd Firdaus Ahmad dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah Shahizan Affandi Zakaria.

-ZS-

Tinggalkan komen anda