Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kursus Pengajian TVET Beri Jaminan Peluang Kerjaya

By 19 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani/Mohd Shahrizan Shahabudin (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 19 Mei (Malaysiaktif) – Pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Arumugampillai, Bukit Panchor didedahkan dengan manafaat kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Madani yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan bertempat di lLP Nibong Tebal, di sini semalam.

Tenaga pengajar dari Penang Skill Development Centre (PSDC) Samsudin Idris, berkata peluang kerjaya bagi pelajar yang mengikuti pengajian TVET adalah cerah dan menjamin masa hadapan.

Menurutnya lagi pelajar-pelajar didedahkan dengan kemahiran tahap tinggi yang mampu memberi peluang kerjaya yang lebih baik.

“Hal ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan pelajar kerana pengajian ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Hala tuju pelajar akan terjamin apabila menamatkan pengajian atau menyambung pengajian ke tahap yg lebih tinggi.

“Selain itu, pelajar lepasan TVET boleh membuat permintaan berkenaan gaji atau jawatan berdasarkan kepada kemahiran dan kelayakkan yang dimiliki,” katanya.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar Fairuz Syatilla Rozaini, pihaknya menyambut baik program yang dianjurkan kerana ianya memberi pilihan kepada pelajar-pelajar untuk menggunakan kemahiran yang diperolehi bagi menghadapi alam pekerjaan yang semakin mencabar pada masa hadapan.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan Farhani Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda