Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

FELCRA Digerakkan Bantu Usaha Tingkatkan Keterjaminan Makanan – TPM

By 22 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Wan Seman Wan Bedollah (Machang)

MACHANG, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Dalam usaha memastikan keterjaminan makanan sentiasa terjamin, kerajaan komited melakukan prakarsa (inisiatif) iaitu telah mengenalpasti kawasan seluas 12,000 hektar di Sarawak, 6,000 hektar di Sabah bagi tujuan tersebut. Selain itu, kerajaan telah memiliki estet padi seluas 3,000 hektar di Negeri Perak kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Majlis Mesra Aidilfitri di Maahad Tahfiz Yaakubiah, Pusat Transformasi Ilmu, di sini kelmarin.

“Felcra Berhad (FELCRA) digerakkan dengan menggalas tanggungjawab baharu supaya bekalan makanan terutama beras dan bekalan berasaskan agro pertanian sentiasa mencukupi serta terjamin sekaligus kesejahteraan rakyat sentiasa terbela, di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

“FELCRA telah digerakkan serta diberi peranan baharu supaya melakukan transformasi, merancang dan menyediakan hala tuju bagi membantu kerajaan dalam aspek meningkatkan pengeluaran makanan, ternakan serta pertanian.

“Tugas baharu FELCRA bukan sahaja dapat membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam usaha meningkatkan serta memastikan keterjaminan makanan untuk masa hadapan, tetapi dapat mengurangkan kebergantungan kepada import bahan makanan seperti ayam, telur, beras, daging lembu termasuk berasaskan agro pertanian,” katanya yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW).

Turut hadir Pengerusi FELCRA Datuk Wira Ahmad Jazlan Yaakub.

-ZS-

Tinggalkan komen anda