Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita Tempatan

WTISD 2023: Fokus Rapatkan Jurang Telekomunikasi di Sarawak

By 21 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat/Chua Shim Choon (Sarawak)

KUCHING, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2023 dengan tema ‘Memperkasakan Masyarakat melalui Teknologi Maklumat dan Digital’ dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, di sini semalam.

Fahmi Fadzil memaklumkan Kerajaan Persekutuan komited dalam usaha merapatkan jurang telekomunikasi di Sarawak.

“Saya percaya kita dapat bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan tiada kawasan yang tertinggal dan tiada komuniti yang terasing agar masalah perhubungan telekomunikasi ini dapat diselesaikan.

“Kerajaan Persekutuan juga telah membelanjakan jumlah yang besar untuk melaksanakan program-program seperti Program Jalinan Digital Negara (JENDELA), begitu juga dengan Kerajaan Sarawak dalam menyediakan kemudahan asas seperti SALURAN iaitu kemudahan perkhidmatan internet kepada rakyat,” katanya.

Siti Nurbibi Masuni, 28, yang merupakan rakan Digital dalam program Pusat Ekonomi Digital (PEDi) teruja kerana kerajaan merancang untuk menambah lagi PEDi yang sedia ada selain berharap lebih ramai lagi yang cakna dengan usaha proaktif kerajaan persekutuan mahupun negeri dalam memperkasakan komuniti ke arah pendigitalan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda