Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Gerai Kabin Berwarna-warni Tarik Minat Pengunjung

By 31 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhazliza Mod Din/Norhayati Shamsu Anuar (Gua Musang)

GUA MUSANG, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Gerai berkonsepkan kabin berwarna-warni yang terletak di Bandar Baru Gua Musang berhadapan dengan Hospital Gua Musang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung.

Terdapat lima gerai kabin yang beroperasi sekitar pukul 3.30 petang sehingga 12.00 malam bermula pertengahan Januari yang lalu.

“Kawasan sekitar gerai kabin ini bersih serta susunan kabin yang berwarna-warni dihiasi cahaya lampu pada waktu malam menampakkan tempat ini lebih menarik dan selesa untuk menikmati makanan.

“Harga makanan memang berpatutan dan anak-anak saya juga selesa dengan suasana di sini,” ujar Mohd Fendi, 32, salah seorang yang sering berkunjung ke gerai tersebut.

Berkonsepkan stor kabin, gerai ini dibina oleh pihak Majlis Daerah Gua Musang dan disewakan dengan kadar yang berpatutan kepada peniaga tempatan.

Peniaga piza di sini, Masturina Najihah, 26, mengakui bahawa dengan pembinaan gerai ini ia dapat menarik pengunjung untuk beriadah dan memberi satu kemudahan kepada mereka yang berurusan di hospital terutama pada waktu malam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda