Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

KPDN Selangor Rampas 35,000 Produk Tiruan

By 18 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/KPDN Selangor

SHAH ALAM, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dan merampas lebih 35,000 unit produk penjagaan diri disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar jenama tiruan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Selangor Mohd Khairi Jamaludin, berkata serbuan di bawah Ops Tiru 5.0 itu melibatkan lapan anggota di sebuah premis di Bandar Botanik, Klang.

“Hasil penemuan mendapati premis tidak berpenghuni dan hanya dijadikan tempat menyimpan barangan penjagaan diri seperti losyen semburan badan serta wangian badan yang menggunakan pembungkusan dua jenama popular.

“Berdasarkan maklumat yang ditemui semasa pemeriksaan di sekitar premis turut dipercayai menjalankan jualan secara atas talian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, anggaran nilai rampasan mencecah RM500,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019.

“Jika didapati bersalah bagi individu, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjara tidak lebih tiga tahun jika gagal bayar denda,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda