Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Berbilang Kaum Kunjungi Jelajah Ehsan Rakyat

By 18 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yuszairee Yunus (Hulu Selangor)

KALUMPANG, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) dilaksanakan kali ke-5 di Hulu Bernam dikunjungi pelbagai kaum yang diadakan di Pekarangan Pejabat Khidmat Masyarakat, Dewan Undangan Negeri Hulu Bernam, semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam Rosni Sohar, beliau amat teruja dengan program JER yang mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai kaum dan ianya merupakan salah satu program menyantuni rakyat.

“Program sebegini amat diperlukan oleh rakyat yang mana rakyat boleh mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga yang jauh lebih murah serta membantu mengurangkan bebanan rakyat berpendapatan rendah dalam menghadapi kos sara hidup.

“Saya juga amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor di atas keprihatinan beliau mengadakan program ini yang benar-benar membantu rakyat negeri Selangor dan diharapkan program ini diadakan secara berterusan,” katanya ketika sidang media.

Program JER ini akan diteruskan di Hulu Bernam pada bulan Mei dan Jun di Hulu Bernam, Soeharto, Sungai Tengi Selatan, SKC dan Sungai Selisik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda