Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kundasang War Memorial Menggamit Sejarah Lampau

By 25 Mei 2023Jun 14th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud/Berry Taimin (Sabah)

RANAU, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Di sebalik pemandangan indah Gunung Kinabalu tersingkap kisah bersejarah di Kundasang Tugu Peringatan Perang Kundasang (War Memorial) yang terletak di pekan Kundasang.

Menurut kakitangan tugu tersebut, Pedline Jinubin, 44, kerajaan Australia membina tugu untuk memperingati peristiwa kawad maut tawanan tentera Jepun dari Sandakan ke Ranau semasa Perang Dunia Kedua yang mengorbankan ramai tentera Australia dan British.

“Sebelum dibuka tahun 2005, tugu ini terbiar dan usang tidak seperti kita lihat pada hari ini setelah beberapa baik pulih dilakukan.

“Pelancong dari Australia, England dan Jepun antara pelancong luar yang kerap datang selain pelancong tempatan dan rombongan sekolah,” ujarnya ketika ditemui di Tugu Peringatan Perang Kundasang, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang pengunjung dari Kota Kinabalu, Mohd Amirul Ameer, 25, merasa gembira kerana pertama kali dapat melawat ke tugu tersebut bersama kawan-kawannya.

“Saya baru mengetahui tugu ini punyai catatan sejarah setelah membaca kisah yang tertulis di batu-batu sekitar tugu peringatan ini.

“Saya harap mereka yang bercuti di sini tidak melepaskan peluang mengunjungi tempat ini bagi mengetahui sejarah yang ada di Kundasang,” katanya.

Tugu Peringatan Perang Kundasang dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang termasuk cuti umum.

-ZS-

Tinggalkan komen anda