Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Lima Usahawan Cendawan Terima Bantuan MAIWP

By 25 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/MAIWP Labuan

LABUAN, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan bantuan pertanian sebanyak RM193,720.00 kepada lima orang usahawan asnaf di pulau itu yang mengusahakan perniagaan cendawan.

Menurut Ahli, MAIWP, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman menerusi projek itu, setiap peserta yang terlibat akan diberikan sebuah rumah cendawan yang berukuran 15 kaki x 20 kaki empat persegi yang boleh menempatkan empat ribu bongkah cendawan beserta kelengkapan infrastrukturnya.

“MAIWP menyasarkan pulangan kepada pengusaha dengan kadar RM4,375.00 sebulan bagi tempoh 6 bulan dari tempoh matang setiap bongkah cendawan yang aktif, untuk modal seterusnya selepas 6 bulan, asnaf sendiri yang akan mengeluarkan kos mengusahakan tanaman tersebut bagi memastikan kelangsungan tanaman cendawan ini sentiasa terjamin.

“Saya difahamkan projek ini terletak di atas tanah MAIWP seluas 24.7 ekar yang diperolehi oleh MAIWP sekitar tahun 2010 dan pelbagai inisiatif lain juga akan dibangunkan di atas tapak tanah ini termasuk Tanaman hidroponik dengan kerjasama

Pertubuhan Peladang dengan anggaran kos RM360,000 bagi 6 buah rumah serta Projek ternakan kambing dengan anggaran kos sebanyak RM700,000.00 bagi 160 ekor kambing secara beperingkat,”katanya semasa merasmikan Projek Laman Cendawan Asnaf MAIWP Labuan di Kampung Sungai Buton semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda