Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Sukan Rakyat Rapatkan Ukhwah Masyarakat Berbilang Kaum

By 25 Mei 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norlia Mili/Lydia Humphery Tungkat (Sarawak) 

KUCHING, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Sukan rakyat seperti gasing pangkah, congkak dan batu seremban merupakan antara contoh sukan tradisional yang sering dimainkan ketika zaman datuk nenek kita dahulu bagi memenuhi masa lapang mereka.

Permainan gasing pangkah yang diperbuat daripada kayu kian dilupakan disebabkan lambakan permainan moden seperti E-Sukan namun ia masih dapat mencuri perhatian kerana ia tetap diminati sebagai hiburan masyarakat tradisional dan generasi kini.

“Selain sebuah permainan tradisi, ia juga bertindak sebagai pengikat ukhwah antara kaum apabila mampu merapatkan pergaulan pemain berbilang bangsa melalui hobi yang sama,” kata Amit Pom, 50, dari Kampung Ladong, Simunjan.

“Saya sangat gembira kerana dapat bermain congkak dan ia mengimbau memori masa kecil saya,” kata Cassandra Jane Salomi Ulau, 21, gadis Kenyah dari Baram, pelajar di salah sebuah universiti di Australia yang pulang bercuti di tanah air.

Kesempatan berkunjung ke Waterfront Kuching sempena Minggu Perpaduan 2023 ini juga digunakan Saperi Lambong, 40, untuk memperkenalkan permainan congkak kepada tiga anaknya yang masih kecil.

-ZS-

Tinggalkan komen anda