Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Malam Budaya Sarawak Memartabatkan Nilai Seni Sarawak

By 24 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lim Poh Choo/Marianne Inya Thomas (Sarawak) 

KUCHING, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Nilai seni Sarawak gah di pentas Malam Budaya Sarawak sempena Minggu Perpaduan yang berlangsung di Tebingan Kuching anjuran Majlis Seni Sarawak dengan mempersembah tradisi pelbagai etnik di Bumi Kenyalang, semalam.

Terdapat beberapa suku kaum yang telah memperagakan pakaian tradisional, tarian, alat muzik dan nyanyian, antaranya ialah Iban, Melanau, Bidayuh, Orang Ulu, Cina dan Melayu.

“Apa yang menariknya apabila kepelbagaian etnik di Sarawak berkongsi pentas memperkenalkan budaya masing-masing.

“Pada malam ini, kita bukan sahaja berkongsi kebudayaan dengan sesama etnik Sarawak, malah pengunjung yang hadir termasuk pengunjung antarabangsa menghargai nilai kebudayaan negeri Sarawak,” Joshua Amir, 29.

“Saya sangat teruja dan seronok dengan persembahan yang unik dan istimewa yang dipersembahkan pada malam ini,” kata Chris, pelancong asing dari Poland yang turut hadir pada Persembahan Malam Budaya ini.

Seorang pengunjung Nini Omar, 56, dari Kuala Lumpur, germbira melihat persembahan yang berwarna warni.

“Saya kagum, pertunjukkan sebegini dipertontonkan kepada orang ramai kerana orang luar seperti saya memang suka melihat persembahan kebudayaan begini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda