Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Motif Tatu Lambang Status Sosial

By 24 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat/Marianne Inya Thomas (Sarawak)

KUCHING, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Motif tatu tradisional mempunyai makna tersendiri di sebalik simbolik dan sering kali melambangkan status sosial, pencapaian dan keberanian.

Suku kaum Iban terkenal dengan tatu bungai terung yang dicacah pada bahagian bahu, belakang badan serta dada kaum lelaki yang bersedia untuk turun berperang supaya dilindungi oleh Petara Aki ini (Tuhan kepada nenek moyang).

“Motif bungai terung tidak sesuai dicacah pada badan wanita kerana ia khas untuk kaum lelaki yang akan turun berperang, melindungi dan mempertahankan kawasan.

“Para pengemar tatu kini harus berpengetahuan dalam memilih motif yang sesuai lebih-lebih lagi kaum wanita,” kata Jantai, 29, berasal dari Betong.

Bagi Ubong Sigo, 55, yang berbangsa Kayan, beliau memaklumkan bahawa bagi kaum mereka, hanya masyarakat wanita sahaja yang menerapkan penggunaan tatu di badan mereka dahulu.

“Tatu bermotif harimau dan anjing pada tangan adalah keturunan Maren yang merupakan golongan atasan.

“Motif yang dicacah adalah melambangkan status, kepakaran dan sosioekonomi keluarga kerana hanya golongan kaya sahaja dapat membayar upah pelukis tatu yang mahal,” ujar Ubong.

Kini, warisan tatu tradisional semakin kurang sambutan kerana mereka lebih suka menggunakan pelekat tatu yang bersifat sementara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda