Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Derma Darah Amalan Mulia, Pengaruhi Tahap Kesihatan Penderma

By 25 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidi Bin Jamin/Noorsiah Mahmud (Sabah)

KOTA KINABALU, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Amalan menderma darah bukan sahaja dapat membantu mereka yang memerlukan sebaliknya mempengaruhi tahap kesihatan diri.

Menurut Dr. Kew Chin Wei, Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth, budaya menderma darah mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti serangan jantung dan kanser.

“Menderma darah melancarkan pengaliran darah dan membantu mengawal berat badan disebabkan berlaku proses pembakaran kalori dalam tubuh.

“Budaya ini perlu disemai di kalangan masyarakat kerana keperluan transfusi darah boleh berlaku bila-bila masa sahaja seperti kes kecemasan.

“Antaranya kes kemalangan, pesakit talasemia, pesakit barah mahupun bagi tujuan pembedahan juga memerlukan darah.

“Saya berharap orang awam jangan takut untuk menderma darah kerana tiada apa-apa perlu dirisaukan malah memberikan banyak manfaat kepada kesihatan,” jelasnya pada program Kempen Derma Darah anjuran bersama Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) dengan Kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini pada Selasa.

Sementara itu, salah seorang penderma, Nazri Ramshah Abdul Basah, 37, berkata meskipun tidak mengenali bakal penerima darah tetapi niat membantu menderma darah dapat ditunaikan.

“Kemungkinan salah seorang pesakit yang memerlukan darah tersebut adalah rakan, jiran ataupun ahli keluarga kita sendiri, tiada siapa yang tahu,” katanya.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda