Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Mesin Layan Diri IPR Diperluas ke Luar Lembah Klang

By 10 Mei 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Muhamad Hafizuddin (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Malaysiaaktif) – Sebanyak 100 mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) akan ditempatkan di lokasi tumpuan orang ramai di sekitar dan luar Lembah Klang pada bulan Mei ini.

Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli semasa Sesi Lawatan ke Tapak Mesin Vending Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Kl Sentral, di sini semalam pemasangan mesin itu akan ditumpukan di stesen LRT dan MRT sekitar Lembah Klang sebelum diperluaskan lagi ke negeri-negeri lain termasuk Pulau Pinang, Kedah serta Sabah seterusnya ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Jelasnya lagi, projek rintis mesin layan diri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam yang dilancarkan pada 21 Mac lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan permintaan yang tinggi daripada IPT Awam.

“Penerima-penerima mesin layan diri IPR di bawah komponen Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) itu mampu menjana pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan di samping mempelajari aspek-aspek perniagaan seperti mengkaji pergerakan pelanggan dan membuat jangkaan bila mereka perlu menambah dan mengurangkan produk jualan, sekali gus  membolehkan mereka keluar daripada beban kemiskinan dalam tempoh dua tahun.

Menurut salah seorang penerima mesin layan diri Amiruddin Ahmad Abdul Jalil, 28, modal perniagaan melalui inisiatif IPR membantu beliau bangkit semula selepas pandemik COVID-19.

“Sebelum ini saya pernah buka kedai secara fizikal untuk setahun tetapi terpaksa tutup kerana COVID-19. Inisiatif IPR ini membantu saya dan isteri untuk bangkit semula mencari rezeki,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda