Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

SBB Mampu Tingkat Pendapatan Pesawah

By 10 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

ARAU, 10 Mei (Malaysiaaktif) – Program Smart Sawah Berskala Besar (SBB) Mini Sekinchan MADA- BERNAS dijangka mampu meningkatkan pendapatan pesawah sebanyak 15 peratus daripada RM2,000 kepada RM 5,000.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata program tersebut akan dilaksanakan di kawasan seluas 187 hektar di dua lokasi iaitu di Kampung Lat 1000, Simpang Empat Perlis dan Kampung Tok Mengkula, Ayer Hitam, Kedah.

Beliau yang berucap ketika merasmikan program tersebut di Pertubuhan Peladang Kawasan E-I Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) E-I, Simpang Empat, di sini  turut memaklumkan bahawa program perintis di Perlis seramai 18 pesawah melibatkan seluas 100 hektar sawah dan akan diadakan selama empat musim mulai bulan Mei hingga penghujung Ogos tahun ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda