Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Musim Durian Jadi Tarikan di Balik Pulau

By 23 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azimee Abdullah (Barat Daya)

BALIK PULAU, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Kawasan Balik Pulau yang terletak di daerah Barat Daya, Pulau Pinang menjadi tumpuan ramai termasuk pelancong dari dalam dan luar negara kerana musim durian yang dinantikan setiap tahun.

Mempunyai pelbagai cita rasa dan variasi, durian Balik Pulau mempunyai keunikan tersendiri selain rasa yang berbeza berbanding durian dari tempat lain, menjadikannya antara durian yang paling di cari oleh penggemar buahan eksotik tersebut.

Disebabkan itu tidak hairanlah suasana Balik Pulau ketika ini sangat meriah dengan puluhan gerai yang dibuka di tepi jalan serta lokasi khas untuk jualan durian.

Pemilik dusun, Wong Durian House, James Wong, 58, yang mengusahakan dusun durian lima ekar selama hampir tiga generasi keluarganya, berkata, buah durian pada tahun ini luruh secara berperingkat sehingga bulan Ogos.

“Sebut sahaja nama dan jenis durian terkemuka yang menjadi kegemaran ramai seperti Horlor, Musang King, Duri Hitam, Ochee, Udang Merah, Kucing Tidur dan banyak lagi semuanya boleh didapati di Wong Durian House yang terletak di Kampung Sungai Pinang Balik Pulau,” katanya.

“Orang ramai boleh menikmati keenakan raja buah itu dalam kawasan dusun termasuk menjamah durian segar yang baharu luruh dari pokok,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda