Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahJohor

Transformasi Digital Menjadi Agenda Utama di PEDi

By 23 Mei 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Pelapor/foto: Haliza binti Mohd Taib/Jamah Nasrin

MUAR, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Bakri telah berjaya menganjurkan Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Komputer Photo Phone yang berlangsung selama tiga hari bagi membentuk pembangunan komuniti, kemahiran dan keusahawanan.

Kursus yang berlansung di Pusat Maklumat Digital (PEDi) Ayer Hitam, Kompleks Penghulu Mukim Ayer Hitam, Batu 18 1/2 Bakri itu telah disertai oleh seramai 20 peserta yang merupakan warga daerah Muar.

Kursus yang disempurnakan oleh ADUN Bukit Naning, Mohd Fuad Tukirin ini memberi pendedahan tentang teknik fotografi menggunakan telefon pintar, penyediaan studio mini, sudut fotografi yang sesuai, pencahayaan serta cara menyunting gambar.

“Hasrat kerajaan adalah menyediakan PEDi di seluruh negara yang bertujuan memperkasa kegiatan ekonomi digital khususnya di luar bandar serta memberi kemudahan kepada 15.4 juta penduduk di negara ini terutama golongan B40.

“Ia juga memberi bimbingan kepada masyarakat luar bandar dalam bidang kemahiran komputer dan pendedahan kepada dunia digital serta fungsinya pada masa kini dalam usaha mendekatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat luar bandar agar wujudnya masyarakat yang celik IT dan mahir dalam pengendalian komputer bagi memacu peluang ke arah menjadi usahawan,” kata Mohd Fuad Tukirin.

Menurut salah sorang peserta, Nur Syazwani Sarman, 18, kursus yang diadakan selama 3 hari ini sungguh bermakna kerana peluang ini ditimba dengan sebaik-baiknya agar boleh dimanfaatkan ketika menuntut di IPTA setelah keluar keputusan SPM tidak lama lagi.

“Kursus ini turut memberi pendedahan kepada dunia digital serta fungsinya pada masa kini,” katanya.

Hadir sama pada program ialah wakil Pegawai KEMAS Daerah Muar, Marliana Ramli, Penghulu Mukim Ayer Hitam, Mohd Fauzi Tubi, Ketua Kampung Seri Sempadan, Mohd Hakim Misdan dan Pengerusi Surau Ar Raudah Kampung Seri Sempadan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda