Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Peserta Program IPR Perlu Cekal Harungi Cabaran

By 20 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Perbadanan Labuan

LABUAN, 19 Mei  (Malaysiaaktif) – Para peserta Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) diseru untuk lebih cekal dalam mendepani cabaran yang dilalui sepanjang menjalankan perniagaan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Rosida Jaafar dunia perniagaan kini menghadapi cabaran ekonomi dan kos barangan yang meningkat.

“Para peserta setakat ini dilihat bersungguh-sungguh walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan mereka perlu bertahan dengan segala cabaran itu,” katanya yang ditemui media semasa  Sambutan Semarak Aidilfitri Wilayah Persekutuan Labuan 2023 di sini petang semalam.

Jelas beliau lagi, Program IPR mula dilaksanakan tahun lalu secara berfokus dengan kerjasama Kementerian Ekonomi yang memberikan modal membeli peralatan kepada peniaga atau penjaja memulakan perniagaan.

“IPR sudah memasuki fasa satu dan dua, pada fasa tiga kita akan kenal pasti penambahan peserta program ini tetapi bergantung kepada impak program terhadap peserta sebelum ini,” jelasnya.

Seramai 44 orang peserta telah mengikuti program IPR di Labuan di mana para peserta diberi latihan kemahiran asas pendigitalan pemasaran,  kemahiran spesifik teknikal,  bantuan peralatan perniagaan dan juga menempatkan peserta di lokasi strategik perniagaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda