Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

PM Umumkan Peruntukan Tambahan kepada SEMADAH

By 20 Mei 2023Jun 1st, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid (Rembau)

REMBAU, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail (SEMADAH) di sini semalam memberi nafas lega kepada warga SEMADAH.

Lawatan ini bertujuan untuk memahami situasi sebenar mengenai tragedi kebakaran melibatkan aras atas blok asrama lelaki yang berlaku pada 31 Julai tahun lalu.

“Melihatkan keadaan yang kurang mencukupi, peruntukan tambahan diperuntukkan sebanyak RM3.89 juta kepada SEMADAH. Selain itu, sebanyak RM310,000 peruntukkan tambahan juga diberikan bagi keperluan pembaikan bilik guru dan surau.

“Maka dengan pengumuman kemudahan tambahan ini, saya percaya sekolah ini akan muncul sekolah cemerlang dan dijadikan sekolah contoh bagaimana kita kendalikan anak-anak kita,” kata beliau dalam ucapan program lawatan ini.

Lawatan Perdana Menteri ini juga merupakan satu inisiatif murni atas keperihatinan dan empati beliau dalam memastikan keselamatan dan keharmonian pelajar dan warga sekolah terjamin.

Turut mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan ini ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Haji Aminuddin Harun, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Rembau Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Chembong Datuk Haji Zaifulbahri Haji Idris.

-ZS-

Tinggalkan komen anda