Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Media Arus Perdana Sebar Fakta Sahih

By 20 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip (Sabah)

TAWAU, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Pengamal media arus perdana perlu sentiasa melaporkan fakta sahih, tepat dan saksama dalam usaha pembinaan negara bangsa.

Menurut Pengerusi Persatuan Wartawan Dan Pengamal Tawau (PEWARTA), Shamry M. Sani wartawan yang beretika tidak mencetuskan prasangka buruk mahupun tuduhan tidak berasas serta berpegang teguh kepada undang-undang sepanjang menjalankan tugas.

“Peranan media arus perdana sebagai mata dan telinga rakyat tidak boleh disangkal terutama dalam era digital apabila sesiapa pun boleh menjadi penyampai maklumat dengan hanya berbekalkan telefon pintar.

“Justeru, apa yang membezakan pengamal media dengan ‘wartawan jadian’ adalah ketelusan maklumat dan sumber berita yang disebarkan kepada masyarakat,” kongsinya Ketika ditemui di majlis Malam Media Aidilfitri anjuran PEWARTA, di sini baru-baru ini.

Tambahnya, pihaknya sedang membuka keahlian kepada seluruh pengamal media di daerah ini termasuklah agensi RTM dan Jabatan Penerangan Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda