Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

PPSPM Lancar Teksi Air

By 18 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify (Jasin)

MELAKA, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) telah melancarkan teksi air di Pengkalan Rama Melaka, di sini kelmarin.

Ia merupakan salah satu inisiatif PPSPM selepas pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh minggu lalu yang akan menjadikan kawasan pelancongan di sekitar Banda Hilir sebagai zon bebas kenderaan dari hari Jumaat hingga Ahad yang dijangka dilaksanakan pada bulan depan.

Menurut Ab Rauf, PPSPM telah mewujudkan satu inisiatif baharu iaitu teksi air bagi memudahkan pelancong yang datang ke negeri Melaka untuk melawat ke tapak Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Banda Hilir.

“Saya berharap agar PPSPM akan memberikan satu hari tambang percuma kepada pelancong yang menggunakan perkhidmatan ‘river cruise’ dan juga teksi air secara ‘first come first serve’,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda