Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Program Perpaduan Merupakan Satu Tapak Integrasi Membentuk Penyatuan Kaum – Pemangku Raja Perlis

By 29 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 29 Mei (Malaysiaaktif) – “Dengan adanya program-program perpaduan seperti ini, setiap rakyat dapat mengenali budaya, adat resam dan saling menghormati antara satu sama lain.

“Seterusnya mewujudkan perasaan penyatuan sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa”.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian di majlis Penutup Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perlis 2023, di sini semalam.

Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perlis yang bermula pada Sabtu dan berakhir semalam di Dataran Dato Sheikh Ahmad telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat di negeri ini.

Menurut baginda lagi, penyatuan dan kebersamaan perlu ada dalam hati seluruh rakyat Perlis.

“Rakyat perlu mempunyai perilaku berbudi bahasa antara satu sama lain dan perlu merayakan kemajmukan dan meraikan perbezaan pandangan agar dapat hidup harmoni,” titah baginda.

Pelbagai aktiviti menarik turut seperti Senaman Harmoni, Jualan Rahmah, Nostalgia Anak Kampung, Pertandingan Reka Cipta Malaysia Madani, Pertandingan Cita Rasa Menu Kami, Kayuhan Perpaduan dan Sumbangan Rahmah Malaysia Madani.

-ZS-

Tinggalkan komen anda