Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Ular Tedung Gamatkan Karnival Kita Madani

By 29 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Pameran haiwan berbisa seperti ular tedung oleh Angkatan Pertahanan Awam Seberang Perai Selatan meraih perhatian terutama golongan kanak-kanak semasa berlangsungnya Program Karnival Kita Madani di Tapak Pasar Malam Sungai Duri, di sini Sabtu lalu.

Karnival anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang dengan pelbagai acara seperti pemeriksaan kesihatan, kaunter perkhidmatan kerajaan serta jualan Agro Madani mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Sabri Said, antara objektif  pelaksanaan program Karnival Kita Madani bertujuan mengukuhkan hubungan baik antara kerajaan dan masyarakat melibatkan 39 jabatan dan agensi kerajaan yang memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat.

“Di samping memberikan perkhidmatan kepada rakyat, kami juga berusaha mengukuhkan hubungan baik antara masyarakat di kawasan sekitar. Kita juga mahu mewujudkan satu hubungan antara pihak kerajaan dan penduduk setempat.

“Program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal merangkap Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, dilihat mampu membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan dengan lebih baik,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda