Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’I Raih Penyertaan Luar Negara

By 19 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norlia Mili/Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KUCHING, 19 Mei (Malaysiaaktif) –  Penganjuran  Seminar Antarabangsa Imam Syafi’i yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam mendapat sambutan hangat peserta serta penceramah dari luar negara iaitu Brunei Darussalam, Jordan, Yaman dan Indonesia.

Seminar yang bertemakan ‘Kelestarian Fiqh As-Syafi’i Memacu Kemakmuran Ummah’  bersempena dengan 60 Tahun Sarawak Merdeka telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Dalam ucapan aluannya, Mufti Sarawak, Datu Kipli Haji Yassin, berkata fokus penganjuran seminar ini adalah untuk mengenali dengan lebih mendalam  ketokohan Imam As-Syafi’i serta pendekatannya dalam fiqh Mazhab  As-Syafi’i yang diikuti oleh rakyat Malaysia.

Manakala bagi peserta seminar, Mariani Sebawi, 53, penganjuran seminar ini dapat memberi pengetahuan yang lebih mendalam mengenai peranan serta pengaruh Imam As-Syafi’i dalam dunia Islam.

“Saya berharap seminar ini ada kesinambungannya pada masa akan datang,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda