Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sultan Perak Berkenan Hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani

By 19 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Perak di Sunway Lost World of Tambun, di sini malam tadi.

Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Raja Di Hilir Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan tiba baginda disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Majlis mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 30,000 pengunjung mula menghadiri rumah terbuka tersebut seawal pukul 6 petang.

Pengunjung, Ashiah Muhammad, 37, menyatakan rasa teruja dapat merasai suasana kemeriahan rumah terbuka bersama Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun.

“Kebetulan pula rumah kediaman berdekatan saja dengan lokasi majlis. Jadi, saya bersama keluarga mengambil kesempatan untuk datang ke sini,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Ella, Syamel, Ernie dan Sufian Suhaimi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda