Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kemeriahan Sambutan Hari Raya Perdana Peringkat Daerah Jeli

By 19 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Farihah Mohamed Rahim (Jeli)

JELI, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Majlis Sambutan Hari Raya Perdana Peringkat Jajahan Jeli di perkarangan kediaman rasmi Ketua Jajahan Jeli, di sini semalam disambut meriah dengan kehadiran orang ramai.

Menurut Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan) Mohamad Jaafar, sebanyak 17 gerai melibatkan penyertaan daripada 30 jabatan dan agensi yang turut serta menyediakan pelbagai juadah hari raya.

“Pertandingan gerai paling kreatif turut diadakan bagi menyerikan lagi suasana sambutan Aidilfitri dan dimenangi oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Jeli,” ujarnya.

Penjawat awam Irdawangi Ibrahim, 29, berkata selain dapat berkumpul menyambut Hari Raya Aidilfitri, majlis ini juga merupakan satu platform penting untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama penjawat awam di Daerah Jeli sambil menjamu selera dan menikmati  juadah yang disediakan oleh setiap jabatan dan agensi.

Lebih 500 orang kakitangan awam, swasta, pemimpin masyarakat dan penduduk sekitar hadir pada majlis tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda