Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Warga Politeknik Nilai Sertai ‘Jom Baca Bersama 10 Minit’

By 19 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)/Norfazila Ahmad (Politeknik Nilai)

SEREMBAN, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Pelajar dan staf Politeknik Nilai (PNS) bersama-sama menyertai program ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Politeknik Nilai, di sini semalam.

Ketua Pusat Sumber Politeknik Nilai Mohammad Syahrul Nizam Md Ishak, berkata program ini diadakan secara serentak di seluruh negara bertujuan menerapkan nilai dan budaya cinta akan buku dan ilmu.

“Dalam tempoh singkat antara pukul 11.00 hingga 11.10 pagi, semua pelajar dan staf digalakkan berhenti sebentar melakukan pekerjaan atau aktiviti untuk membaca bahan bacaan selama 10 minit,” jelasnya.

Pelajar Politeknik Nilai Zulhakimi Zainuddin, berkata program ini bagus untuk golongan belia agar dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.

Sementara itu, pegawai perhubungan awam Politeknik Nilai Norfazila Ahmad menyokong segala usaha yang dilakukan oleh pihak berkaitan bagi menjayakan program ini.

“Dengan tema pada tahun ini ‘Baca Bina Insan’, masyarakat Malaysia khususnya Warga PNS menjadi sebati dengan budaya membaca seterusnya menjadikan tabiat suka membaca sebagai satu amalan hidup.

“PNS sentiasa berusaha untuk mengangkat program ini sebagai agenda penting dalam pembangunan negara dan menjadikan fokus utama dalam usaha mentransformasikan pemikiran warganya supaya cinta akan buku agar dapat melahirkan masyarakat yang membudayakan membaca dan berilmu,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda