Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Teruja Lihat Pelangi Depan Mata

By 15 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)

KUANTAN, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Tiada kata yang dapat digambarkan apabila menyaksikan keindahan ciptaan Tuhan dengan mata sendiri.

Nor Aniza Musa, 27, bersama tiga orang lagi rakannya berasa teruja apabila perancangan saat akhir ke Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing baru-baru ini ‘menjadi’ apabila berpeluang melihat pelangi yang muncul.

“Berbaloi saya tidur selama tiga jam kerana apabila sampai ke sini, saya melihat pelangi yang muncul di depan mata,” katanya.

Beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja teruja dapat melihat pelangi yang muncul sekitar pukul 9.30 pagi itu, malah perjalanan untuk sampai ke hentian sebelum memulakan pendakian ke air terjun turut memberikan pengalaman yang menyeronokkan.

“Saya bukan sahaja teruja tengok pelangi, masa dalam perjalanan ke sini juga melalui jalan yang mencabar dan mengujakan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda