Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Umat Islam Labuan Diseru Tunaikan Zakat Simpanan Dan Wakaf Tunai

By 24 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto : Md Khairul Azad Yunus/ Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyeru kepada masyarakat Islam di Labuan untuk menunaikan kewajipan zakat simpanan serta berwakaf melalui Kempen Zakat Simpanan & Wakaf Tunai di Labuan 2023.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman ada dalam kalangan masyarakat Islam terlepas pandang dan ada yang masih keliru akan kewajipan zakat simpanan serta beranggapan kewajipan telah sepenuhnya terlaksana dengan hanya menunaikan zakat pendapatan

“Maka wang yang disimpan di dalam akaun simpanan (tetap & semasa), serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan diwajibkan zakat sekiranya memenuhi syarat-syaratnya.

“Selain daripada zakat, wakaf juga berperanan sebagai salah satu elemen penting dalam membantu pembangunan ekonomi negara dan masyarakat Islam umumnya.

“Kempen ini juga bertujuan bagi meningkatkan dana wakaf bagi membolehkan banyak lagi projek wakaf diwujudkan oleh pihak MAIWP khususnya di Labuan,” menurutnya semasa merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Zakat Simpanan & Wakaf Tunai Di Labuan 2023 di sini semalam.

PPZ-MAIWP juga didalam perancangan untuk merangka inisiatif bagi menggalakkan masyarakat Islam untuk berwakaf secara tunai, terutamanya secara berkala melalui potongan gaji yang lebih sistematik, cekap dan berkesan bagi membangunkan taraf sosioekonomi ummah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda