Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Program Jihad Pendidikan PPZ-MAIWP Salur Sumbangan Kepada Pelajar UMSKAL

By 24 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/UMSKAL

LABUAN, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Program Jihad Pendidikan @ UMSKAL Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melalui dana wakalah menyampaikan sumbangan kewangan kepada pelajar asnaf serta Food Bank Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Menurut Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Datuk Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Jihad Pendidikan merupakan salah satu inisiatif PPZ-MAIWP kepada para pelajar dan pekerja institusi agar lebih memahami kepentingan menunaikan zakat serta usaha bagi mendekati para pelajar asnaf.

“Program Jihad Pendidikan @ UMSKAL yang bertujuan untuk memperluas dakwah zakat dalam kalangan pelajar dan pekerja institusi pengajian tinggi.

“Melalui program ini juga dapat menunjukkan kitaran daripada pembayar zakat kepada pemanfaat zakat yang berhak termasuklah bantuan pendidikan kepada para pelajar universiti,”katanya semasa melancarkan program itu di semalam di UMSKAL.

Program Jihad Pendidikan @ UMSKAL menyalurkan sumbangan kewangan kepada pelajar-pelajar asnaf sebanyak RM14,000 dan RM10,000 bagi Food Bank UMSKAL menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan berjumlah RM24,000.

-ZS-

Tinggalkan komen anda