Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Warisan Dipelihara, Rakyat Sejahtera

By 19 Mei 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Hari Muzium Antarabangsa salah satu sambutan yang diraikan seluruh dunia pada 18 Mei setiap tahun. Muzium Adat yang merupakan salah sebuah daripada 37,000 muzium di seluruh dunia turut meraikannya dengan tema ‘Muzium, Kemampanan dan Kesejahteraan’.

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Muzium Adat ini telah disempurnakan oleh Pengarah Muzium Adat Cik Hayati Zawai, di sini semalam. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan institusi muzium untuk kesejahteran rakyat.

“Muzium berperanan dalam mengumpul, memelihara warisan sejarah, kebudayaan dan alam semulajadi negara. Justeru, melalui pendidikan dan program sosial seperti hari ini akan dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Menurut seorang pelajar yang hadir Nur Danisha Danail, 10, beliau seronok bermain teka silang kata.

“Melalui permainan ini saya dapat maklumat tentang sejarah adat dengan mencari jawapan melalui pameran di sini,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya adalah pertandingan kuiz silang kata, pertandingan mewarna, pertandingan bermain congkak, demontrasi pemuliharaan koleksi, demontrasi membuat penanda buku serta aktiviti jom cuba permainan tradisional.

-ZS-

Tinggalkan komen anda