Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Amalan Tahlil dan Doa Selamat Rapatkan Silaturahim Peniaga Pasar Tani Tampin

By 22 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)

TAMPIN, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Peniaga Pasar Tani Tampin akan mengadakan majlis tahlil dan doa selamat sebulan sekali di Tapak Pasar Tani Tampin.

Menurut Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) daerah Tampin Mat Azrul Mat Esa program ini diadakan bagi merapatkan hubungan sesama peniaga menjadi seperti ahli keluarga sendiri.

“Kami berkolobrasi bersama Pejabat Penerangan Tampin untuk melaksanakan Program Jalinan Insan Wahaba Inspirasi (JIWA) di mana kakitangan jabatan turut sama menyampaikan informasi tepat dan edaran risalah pelbagai dasar kerajaan kepada pengunjung Pasar Tani Tampin.

“FAMA akan mengadakan Jualan Agro Madani pada 27 Jun ini bermula pukul 7.00 pagi hingga 12.00  tengah hari di Tapak Pasar Tani Tampin dan orang ramai dijemput hadir beramai-ramai,” katanya di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda