Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pelajar Sekolah perlu Dididik Tentang Sistem PIlihan Raya di Malaysia

By 22 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid/Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Sesi ceramah berkaitan Pelaksanaan Pilihan Raya di Malaysia memberi peluang kepada para pelajar memahami perjalanan berkaitan pilihan raya yang diadakan di Malaysia telah diadakan semalam dengan menyasarkan pelajar-pelajar Tingkatan Lima dan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Sedia Raja.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Rembau, Malini Md Yunos, pelajar sekolah menengah wajar diberi pendedahan sistem pilihan raya di Malaysia rentetan pewartaan Undi 18.

β€œPara pelajar sekolah menengah khususnya Tingkatan Enam wajar diberi pemahaman berkaitan sistem pilihan raya berikutan mereka adalah golongan yang layak menjadi pengundi secara automatis,” katanya.

Sementara itu, menurut Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) Tingkatan 6 Mustaffa Shamsudin, program seperti ini dapat memberi gambaran dan juga maklumat tambahan kepada para pelajar berkaitan sistem pilihan raya di Malaysia.

Program Demokrasi Kita anjuran Pejabat Penerangan Daerah Rembau ini turut di hadiri ahli-ahli Kelab Malaysiaku serta guru-guru penyelaras.

-ZS-

Tinggalkan komen anda