Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

MISC, WinGD dan DNV Jalin Kerjasama Bangunkan Enjin Ammonia

By 20 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Hafizuddin Abdul Halim/Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Bersempena sambutan  Minggu Maritim Malaysia 2023 (MMW23), MISC Group (MISC) melalui American Eagle Tankers (AET) dan Akademi Laut Malaysia (ALAM) menandatangani perjanjian kerjasama bersama Winterthur Gas & Diesel (WinGD) dan DNV Malaysia Sdn Bhd (DNV) untuk membangunkan enjin Ammonia.

Perjanjian yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Jana Santhiran Muniayandan Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia Kapten Haji Mohamad Halim Ahmed, di sini pagi tadi merupakan komitmen MISC mencari laluan peralihan yang mampan dan selamat kepada operasi perkapalan hijau bagi operasi industri perkapalan maritim di bawah kendalian MISC.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MISC Kapten Rajalingam Subramaniam, berkata pihaknya sangat berpuashati terhadap hasil kerjasama dengan WinGD dan DNV.

“Ini merupakan komitmen MISC untuk menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi industri yang berkongsi visi dalam mempercepat peralihan ke operasi perkapalan hijau untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menjaga alam sekitar demi generasi akan datang,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda