Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Butik Pesawat Pertama di Dunia ‘Coach Airways’ Tarikan Terbaru di Alor Gajah dan Melaka

By 20 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Hafizul (Alor Gajah)

ALOR GAJAH 20 Jun (Malaysiaaktif) –Bermula Mei lalu Coach Airways Freeport A’famosa Outlet, di sini siap sepenuhnya bagi menawarkan kepada pengunjung untuk membeli belah di dalam butik pesawat pertama di dunia.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Ab Rauf Yusoh, ‘Coach Airways’ adalah satu penambahan kepada tarikan baru di Negeri Melaka sekaligus membuktikan kesungguhan kerajaan negeri untuk membangunkan sektor pelancongan tempatan.

“Pastinya ia mencetuskan satu ekosistem baru dalam sektor pelancongan di mana kedatangan pelancong akan menarik minat untuk mengetahui apa yang ada di dalam ‘Coach Airways’ ini.

“Sudah pasti dengan adanya produk-produk baru, peluang pekerjaan baru juga akan datang secara langsung,” katanya di sini semalam.

Beliau yang hadir merasmikan butik pesawat tesebut dibawa melawat butik yang lengkap dengan ruangan kokpit, kabin penumpang dan kafe. Freeport A’famosa Outlet juga di iktiraf sebagai Malaysian Book of Record sebagai kedai konsep dalam kapal terbang pertama di dunia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda