Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Lendu Berselawat 2023 Diiktiraf The Malaysia Book of Records

By 20 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Program Lendu Berselawat 2023 anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Non-Resident (JPPNR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka telah mendapat pengiktirafan oleh The Malaysian Book of Records (MBOR) sebagai acara selawat dengan penyertaan paling ramai di Malaysia, di sini semalam.

Program yang diadakan di Dewan Taming Sari, UiTM Kampus Alor Gajah ini telah dihadiri seramai 11,386 peserta secara fizikal dan maya melalui siaran langsung di seluruh kampus UiTM seluruh negara.

Menurut Naib Canselor UiTM Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd Janor, program ini bertujuan mendidik mahasiswa dan masyarakat untuk mewujudkan masyarakat penyayang berlandaskan agama.

“Selain itu, program sebagai wadah menyokong agenda nasional berteraskan konsep Malaysia Madani di mana kita menghimpunkan generasi muda dan mendedahkan mereka dengan hiburan segar dan aktiviti positif berteraskan akhlak untuk yang dibawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin teragung,” ujar beliau.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Ibrahim Durum dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmat Mariman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda