Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Program Pintar Botani Semai Minat Anak-anak

By 20 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Program pintar botani yang diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kepada pelajar Tabika KEMAS Kampung Orang Asli Bukit Payung dapat menyemai minat berkebun dikalangan anak-anak yang masih kecil.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning Zulkifli Mohd Zin, berkata program tersebut secara tidak lansung mengindahkan persekitaran kawasan Tabika Kemas tersebut selain mendidik mereka bercucuk tanam.

“Kita sentiasa menyokong usaha-usaha jabatan kerajaan dalam meningkatkan ilmu kemahiran hidup dikalangan pelajar kerana pada zaman sekarang ilmu kemahiran hidup juga merupakan satu keperluan dikalangan pelajar selain ilmu akademik,” katanya.

Antara tanaman yang ditanam di kawasan Tabika Kemas Kampung Orang Asli Bukit Payung adalah tomato, bayam dan padi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda