Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

‘Stop & Treasure’ Medium Kesedaran Hentikan Keganasan Rumah Tangga

By 13 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amirul Azim Othman (Melaka Tengah)

MELAKA, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Program kempen kesedaran ‘Stop & Treasure’ telah diadakan di Kompleks Yayasan Belia Sedunia Negeri Melaka hasil gabungan Pejabat Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Melaka dan Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka.

Seramai 30 peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah menyertai program yang berteraskan advokasi dan kempen kesedaran.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Melaka VP Shanmugam, program tersebut penting sebagai platform untuk memberikan kesedaran kepada generasi muda dan masyarakat.

“Ianya supa kita lebih cakna mengenal pasti punca atau arah aliran keganasan rumah tangga supaya dapat kita semua mengelakkan diri daripada terjebak dalam situasi tersebut. Keganasan rumah tangga bukan sahaja secara fizikal, malah ianya boleh berlaku secara seksual dan secara psikologi.

“Antara bentuk keganasan yang seringkali berlaku terhadap wanita dan kanak-kanak adalah seperti keganasan, gangguan seksual, penderaan psikologi, pemerdagangan manusia, perkahwinan di bawah umur dan secara paksaan, serta pembunuhan atas nama kehormatan keluarga,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda