Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Dominic Ng Chi Hoe dari Singapura mengungguli Pertandingan Labuan Nine Ball Invitational 2023 dengan muncul juara selepas menewaskan pemain Malaysia Muhammad Almie Muhamad Yakub di perlawanan akhir, semalam.
Menurut penganjur kejohanan David Pool Labuan, Aquesta Travel & Tours dan Utama Venture Sdn Bhd, Dominic menewaskan Muhammad Almie dengan kiraan mata 11-9 sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi.
“Walaupun tewas di perlawanan akhir, Muhammad Almie yang juga pemenang pingat Perak pada temasya Sukan SEA di Kemboja baru-baru ini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta trofi.
“Di peringkat separuh akhir, Dominic Ng mengalahkan David Tan Thiam Hua dari Malaysia, manakala Muhammad Almie mengalahkan pemain dari Brunei iaitu Ahmad Taufiq,”
katanya.
Seramai 64 pemain termasuk dari Brunei dan Singapura menyertai kejohanan berkenaan yang berlangsung sejak 13 Jun lalu.
-ZS-