Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Seminar MyCekap Beri Manfaat kepada Golongan OKU

By 18 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Zairin Mohamad Zin/Noor Sazarina Mohd Noor

KAJANG, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Seminar MyCekap bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya agar memberi peluang dan pendedahan kepada anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang tertinggi dan mempunyai kerjaya.

Menurut Timbalan Pengarah Cawangan Komunikasi Penghakupayaan Orang Kurang Upaya (OKU) Jabatan Penerangan Malaysia, Dr. Ruziah Ghazali, program ini merupakan salah satu program dalam memberi pencerahan dan peluang kepada golongan anak-anak OKU serta membuka minda ibu bapa yang anak-anak OKU ini boleh berjaya dan hidup seperti golongan normal yang lain.

“Dengan adanya program seperti ini dapat memberi pendedahan khusus buat ibu bapa yang mempunyai anak OKU untuk mendidik anak sehingga berjaya dan kita sebagai ibu bapa perlu membimbing mereka dan menunjukkan bidang kerjaya yang sesuai buat mereka,” katanya

Program yang diadakan di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, di sini baru-baru ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Norhasnizam Parman dan Pengurus Kes Cawangan Perkhidmatan Pekerja Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Putrajaya Muhammad Noriskandar Mohd Basar.

Turut diadakan pameran kraftangan jahitan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ramal dan demonstrasi menjahit bekas tisu oleh pelajar OKU yang mendapat sambutan daripada ibu bapa yang hadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda