Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

KEMAS Main Peranan Bangunkan Belia Tempatan

By 18 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haziq Ruslain (Labuan)

LABUAN, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) turut berperanan membentuk seterusnya melahirkan generasi belia yang menjadi modal insan berkualiti buat negara.

Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan Asri Saleh, berkata belia merupakan aset negara dan penglibatan mereka adalah sangat penting kepada pembangunan negara.

“KEMAS dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, Persatuan Belia Beliawanis Kampung Bukit Kuda telah menganjurkan Program Kem Eksplorasi Belia yang disertai 60 orang belia tempatan.

“Pengisian program hari ini antaranya adalah taklimat mengenai isu negara dan insiatif kerajaan selain aktiviti sukan untuk melahirkan belia sihat, dinamik serta progresif bagi membantu pembangunan negara.

“KEMAS mengambil peranan dalam memajukan masyarakat menerusi program sebegini yang melibatkan belia untuk meningkatkan semangat kekitaan dan sayang kepada Negara,” katanya program itu, di sini semalam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Belia JBS Labuan, Tracy Tumay Rigar memuji inisiatif yang diambil KEMAS dalam menyantuni anak-anak muda di Labuan.

“Kem ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk membentuk belia dalam membina keyakinan diri, memupuk pemikiran positif serta mengeratkan silaturahim agar menjadi insan yang cemerlang,” katanya semasa melancarkan program itu.

Jabatan Penerangan Labuan turut berkesempatan memeriahkan program itu melalui Program Pusat Maklumat Rakyat Outreach bagi menyampaikan maklumat serta mengedarkan risalah-risalah berkaitan dasar-dasar negara seperti Malaysia Madani.

-ZS-

Tinggalkan komen anda