Laporan/foto: Muhamad Muzaffar Marrudzuki (Tampin)
TAMPIN, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap kebersihan kawasan rumah dan bahaya nyamuk Aedes. Satu program kesedaran telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Tampin dengan kerjasama Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) Daerah Tampin di Surau Taman Indah Baru, di sini semalam.
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini berlansung. Antaranya, aktiviti gotong-royong kendiri, ceramah berkaitan COMBI, senamrobik, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan pertandingan mewarna bagi golongan kanak kanak.
“Platform sebegini memberi peluang untuk setiap COMBI dari setiap daerah berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagaimana mengatasi dan membanteras masalah demam denggi,” ujar Pegawai Kesihatan Daerah Tampin Dr. Nazatul Yusrina Mohamad Yusof, ketika ucapan perasmian.
Turut bersama menjayakan program ini adalah Majlis Daerah Tampin, Perpustakaan Desa Taman Indah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Tampin, SWM Environment Sdn Bhd (SWM) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp).
-ZS-