Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Perbaharui Lesen Perniagaan Dalam Talian Memudahkan Peniaga

By 6 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/ Mohd Maqdi Salleh (Sabah)

TAWAU, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Tawau (MPT) melancarkan Perkhidmatan Pembaharuan Lesen Perniagaan secara dalam talian untuk kemudahan peniaga dan penjaja.

Menurut Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah (KKTP) Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam inisiatif pelancaran ini salah satu perkhidmatan di dalam aplikasi MPT e-Services yang memudahkan masyarakat memperbaharui lesen hanya di hujung jari sahaja.

“Antara kelebihan perkhidmatan tidak perlu datang ke kaunter dan beratur panjang serta boleh diakses di mana sahaja.

“Selain itu, transaksi pembayaran boleh dilakukan dalam talian dan lesen boleh dicetak sendiri di rumah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran tersebut, di sini pada Ahad.

Tambahnya lagi, kaedah ini lebih cepat dan mengurangkan risiko penularan wabak merbahaya kerana tidak perlu bersemuka.

“Walau bagaimanapun, pelanggan masih boleh datang ke kaunter sekiranya terdapat permasalahan ketika pembaharuan lesen,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda