Skip to main content
MA

Kastam Labuan Halang Penyeludupan 178 Karton Minuman Keras

By 23 Jun 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Labuan berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 178 karton minuman keras dalam satu serbuan di Pantai Kampung Tanjung Aru pada 3 Jun 2023 sekitar pukul 11.30 malam.

Menurut Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Mohd Nasir Deraman, minuman keras yang disyaki cuba untuk diseludup keluar daripada Labuan ke Sabah itu bernilai RM96,064.20 dengan anggaran nilai cukai berjumlah RM20,911.08.

“Tiga orang lelaki termasuk seorang warga negara asing berusia sekitar 20an ke 30an telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135(1)(e)Akta Kastam 1967.

“Jika disabitkan kesalahan, mahkamah boleh mengenakan hukuman denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda nilai barang atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) sehingga tidak lebih daripada dua puluh kali ganda nilai barang atau RM500,000 (yang mana lebih tinggi) atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kereta, bot laju beserta enjin 200 kuasa kuda dan semua barang kes telah disita dan di bawa ke Stor Penguatkuasaan JKDM Wilayah Persekutuan Labuan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang media, di sini pagi tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda