Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kerajaan Sentiasa Menghargai Jasa Anggota RELA

By 21 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusoff (Tampin)

GEMENCHEH, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan sentiasa menghargai jasa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang berkhidmat membantu masyarakat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata kerajaan berterima kasih kepada semua anggota RELA.

Beliau berkata demikian di Program Ramah Mesra Timbalan Menteri Dalam Negeri Bersama Anggota RELA Negeri Sembilan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Min, di sini semalam.

“Kita RELA perlu bersama kerajaan memastikan kestabilan dan keselamatan negara terus terjamin agar pandangan negara luar kepada Malaysia adalah baik,” ujarnya.

Menurut Shamsul nilai Malaysia Madani telah tersemat di dalam diri setiap anggota RELA sehingga sanggup mengutamakan masyarakat berbanding kepentingan diri.

Shamsul turut menyampaikan watikah Ketua Perhubungan Rela Kawasan (KPRK) dan Ketua Platun Rela (KPR) di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sin Min serta sumbangan bakul makanan kepada  15 anggota RELA.

Turut hadir Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa dan Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

-ZS-

Tinggalkan komen anda