Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Mangsa Banjir Mukim Pogoh Terima BBKA Menjelang Hari Raya Aidiladha

By 27 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 683 orang telah menerima Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) berupa wang tunai sebanyak RM2,500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dari mukim Pogoh di Dewan Paya Pulai, semalam.

Penghulu Mukim Pogoh, Hamzah Abu Bakar, berkata mereka yang hadir adalah mangsa banjir yang telah mendaftar semasa permohonan dibuka pada bulan April sehingga Mei lalu.

“Mukim Pogoh adalah mukim pertama dalam daerah Segamat yang melaksanakan penyerahan bantuan barang keperluan asas berupa wang tunai kepada mangsa banjir baru-baru ini,” ujarnya.

Salah seorang penerima, Ungku Mohamad Ridzuan Shafiq, 31, berkata penyerahan BBKA ini adalah sangat bermakna kerana bantuan wang tunai ini dapat digunakan untuk membeli peralatan rumah yang rosak akibat banjir yang lepas dan baki duit akan digunakan bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah N.Saraswati yang turun padang bagi melihat proses pembayaran BBKA di kawasan DUN Kemelah berjalan dengan lancar tanpa sebarang permasalahan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda