Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Sambutan Ulang Tahun ke-75 Tahun PBSMM Meriah

By 27 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas/Lance Dunstan (Sarawak)

KUCHING 27 Jun (Malaysiaaktif) – Sambutan Ulang Tahun ke-75 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) peringkat Sarawak telah disambut meriah bersama penduduk dan komuniti setempat.

Majlis sambutan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr. Sim Kui Hian di salah sebuah pusat membeli-belah, di sini kelmarin.

Menurut Dr. Sim, situasi ketika pandemik COVID-19 merupakan contoh terbaik apabila PBSMM telah memainkan peranan penting menerusi program kesukarelawanan mereka serta membantu komuniti yang terjejas akibat wabak tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengambilan Penderma Darah Miri, Karambir Singh, 61, ketika ditemui selepas majlis tersebut, berkata PBSMM penting sebagai tunjang utama kepada badan aktivis kemanusiaan yang lain di Malaysia.

“Saya gembira PBSMM kini dikenali dan diiktiraf kerajaan serta mendapat sokongan dari orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di dalam pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh PBSM,” ujarnya.

PBSMM telah ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai Cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak.

Pada sekitar tahun 1950-an, ia menyaksikan lebih banyak cawangan persatuan telah ditubuhkan di negara ini bermula di Pulau Pinang dan kemudian di negeri-negeri lain.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda