Laporan/foto: Muhamad Firdaus/Nurul Habibah (Manjung)
LUMUT, 2 Jun (Malaysiaaktif) ā Pavillion Petting Zoo Teluk Batik menjadi tarikan baharu di daerah Manjung sebaik dibuka pada Disember tahun lalu.
Lokasinya yang terletak kira-kira 7 kilometer dari Bandar Seri Manjung, zoo ini menempatkan 18 jenis haiwan jinak yang boleh dipegang dan dibelai oleh pengunjung.
Antara haiwan ternakan dan juga haiwan eksotik jenis jinak yang terdapat di sini termasuk ular jenis ācalifornia kingsnakeā, tikus belanda, rakun, arnab, cicak āchinese water dragonā, kambing dan sebagainya.
Menurut Renjer Nor Shafira Ahmad Suhaimi, 26, zoo ini dikunjungi oleh ramai pengunjung terutama pada hujung minggu dan waktu cuti sekolah.
āIa dibuka setiap hari kecuali pada hari Selasa. Bayaran masuk hanya RM6 bagi dewasa dan kanak-kanak.
āNamun begitu bagi kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah, OKU (Orang Kurang Upaya) dan warga emas tidak dikenakan sebarang bayaran,ā tambahnya.
-ZS-