Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Masihkah Ada Cahaya Menerangi Dunia Kami..?

By 27 Jun 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Hafizuddin Abdul Halim/PUSPEN (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan sentiasa berusaha menangani isu dan masalah penyalahgunaan dadah merangkumi aktviti-aktiviti pendidikan, pencegahan dan publisiti; penguatkuasaan undang-undang; rawatan dan pemulihan; dan kerjasama antarabangsa.

Pada tahun 2009 Pusat Serenti yang diwujudkan pada 1983 diberi penjenamaan semula kepada PUSPEN (Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik) di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang bukan sekadar sebagai tempat pemulihan penagihan dadah semata-mata, sebaliknya bagi mengajar erti kehidupan sebenar.

“Jangan malu dan segan untuk tampil mendapatkan rawatan. PUSPEN Sungai Besi memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada mereka yang mempunyai masalah ketagihan dadah.

“Di sini, kami menggunakan modul i-Pulih dalam sesi rawatan dan pemulihan yang mempunyai sembilan kompenan merangkumi semua aspek secara holistik yang memberikan klien-klien ilmu kerohanian, pengurusan diri dan kemahiran untuk mendepani penolakan sosial,” kata Timbalan Pengarah PUSPEN Sungai Besi Zuraidah Ayob.

Menurutnya, PUSPEN Sungai Besi berikhtiar untuk mencapai matlamat membina kehidupan baru dan memberikan sinar harapan kepada klien-klien mereka.

“PUSPEN komited menerangi semula kehidupan insan-insan yang tercicir akibat dadah dengan membina semula keyakinan diri dan melengkapkan diri dengan kemahiran yang dapat membantu mereka membina semula kerjaya mereka dalam komuniti,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda